Kamu Dah Terlanjur Dengan JANDA Itu

12:56:00


|PERINGATAN|

*Pertama sekali penulis ingin menekankan di sini bahawa kisah ini tiada kena mengena dengan diri penulis, keluarga, sahabat mahupun perkara yang berkaitan dengan asas sebenar penceritaan blog ini. Cerita ini tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
*Penulis tidak bertanggungjawab dengan apa yang berlaku kepada pembaca. Risiko dan cara pemahaman dalam membaca adalah tanggungjawab pembaca sendiri.
*Cerita ini dipetik daripada satu sumber media sosial dan telah diolah dan disunting semula penulis berdasarkan pengalaman dan pengajaran yang telah terjadi disekeliling.



Saya ada isteri yang cantik, berkerjaya, kaya dan mewah. Tetapi semua itu hasil usahanya sendiri sebelum berkahwin dengan saya.

Saya panggil dia Hani. Selepas setahun berkahwin, kami dapat anak yang saya panggil baby. Hani dengan baby penyeri hidup saya, tetapi Hani sibuk kerja siang malam.

Hani aktif berniaga di sana sini. Pagi, kerja di syarikat guaman. Malam, Hani buat kerja perniagaan onlinenya dan hantar barang kepada pelanggannya.

KAWAN MULA MENGHASUT

Hubungan kami bahagia sehinggalah baby berusia dua tahun. Kawan mula menghasut saya, kenapa balik kerja saja terus duduk di rumah? malam tak keluar, jarang balas mesej di WhatsApp group.

Saya memberikan alasan bahawa saya sibuuk menjaga anak saya "baby", nanti lambat jemput anak dari rumah pengasuh, Hani tak ada dan sebagainya.

Mula-mula saya tidak kisah apa yang mereka berkata tentang saya. Tetapi lama kelamaan saya termakan juga hasutan mereka yang kononnya Hani tidak pentingkan rumah tangga.

Nak dijadikan cerita, saya mula balik lambat, selalu memarahi Hani. Hani duduk diam saja, tak melawan kata-kata yang saya hemburkan kepadanya. Dia kata tak mengapa, nanti dia akan bayar lebih kepada pengasuh. Di waktu malam, dia akan jaga baby walaupun terpaksa pergi berjumpa pelanggan.

BERKENALAN DENGAN JANDA

Saya pula selepas itu asyik melayan media sosial seperti Facebook , sampailah terjumpa seorang janda ini. Kami berkawan selama 6 bulan sampailah kami terlanjur. Saya berjanji untuk berkahwin dengan janda ini, tetapi saya dibuang kerja kerana selalu ponteng pergi makan angin dengan janda ini.

Bila saya pulang ke kampung, saya cerita kepada ibu saya yang saya nak kahwin lain sebab Hani sibuk dengan kerja. Ibu bising sampai pekak telinga dan ibu beri dua tiga kali penampar.

"Isteri awak sibuk mencari rezeki, awak pula sibuk berfoya-foya dengan janda itu. Rupa-rupanya Hani yang selalu hantar wang belanja pada ibu setiap bulan ke kampung dan selalu bertanya khabar tentang ibu setiap hari sebab Hani anak yatim piatu, tak ada sesiapa dah!" kata ibu. Aku terdiam kaku dan termenung seketika.

TERLAMBAT UNTUK MENYESAL

Saya mula sedar yang saya salah, lebih-lebih lagi bila ibu cerita tentang kebaikan Hani selama ini yang saya sendiri pun tidak tahu mengenainya. Saya nekad memutuskan hubungan dengan janda itu. Malangnya, janda itu meminta RM3,000 sebagai syarat untuk putuskan hubungan haram ini.

"Kalau kau tak bagi, aku akan jumpa isteri kau!" Ugutnya.

Maka saya pun terpaksa memberikan RM3,000 kepada janda itu.

"Lepas ini, kau jangan muncul lagi depan aku." Tegas saya pada janda itu.

Penyesalan saya tidak habis di situ bilamana janda itu sekali lagi meminta wang dua minggu selepas itu, dia menghubungi saya untuk minta wang sebanyak RM5,000.

Saya tak layan, akibatnya janda itu pergi berjumpa Hani dan menceritakan segalanya. Janda itu memberitahu Hani yang kami juga pernah  terlanjur bersama. Hani pengsan mendengar semua itu, dia tidak dapat menerima yang saya telah curang dan menipunya.

"Abang tak kerja tak apa, Hani boleh tanggung, tak nak jaga anak tak apa, Hani boleh jaga. Tapi kenapa abang sanggup buat saya macam ni?" soal Hani dalam tangisan hati yang luluh tidak terkata.

Hani meminta saya ceraikannya. Kalau tidak, Hani mengugut akan lari jauh-jauh dan membawa si kecil yang saya sayang itu bersamanya. Walaupun berat hati ini, saya terpaksa melepaskannya dengan cerai.

Tetapi Hani baik, dia tetap menghantar baby pada ibu dan, kirim wang belanja ibu dan dia langsung tidak pernah lupa pada ibu saya. Saya menyesal.

IBU RAYU RUJUK SEMULA

Selepas setahun bercerai, Hani sakit dan badannya menjadi kurus kering. Dia muntah-muntah darah. Ibu pujuk Hani kahwin semula dengan saya sebab Hani dengan baby tak ada siapa-siapa lagi. Akhirnya Hani setuju setelah ibu puas merayu kepadanya.

Selepas berkahwin, Hani tinggal bersama ibu, saya bawa Hani pergi berubat sana sini, jumpa doktor, jumpa ustaz. Doktor kata Hani sihat saja, tiada masalah kesihatan. Darah  pun okay saja. Tetapi bila berjumpa ustaz, ustaz pula kata Hani dibuat orang, kena santau. Puas kami ikhtiar, akhirnya Hani isteriku pergi pada waktu subuh buat selama-lamanya atas pangku ibu semasa dalam perjalanan nak ke hospital sebab sesak nafas. Tak sempat dah!. Baby pada waktu itu baru menjangkau usia 3 tahun.

Hidup saya gelap pada waktu itu, semuanya sedih, Betapa menyesalnya saya pada waktu itu kerana termakan kata-kata kawan dan pernah berlaku curang pada Hani sedangkan Hani sudah cukup sempurna untuk saya. Sekarang menyesal pun dah tak ada gunanya. Mujur saya masih mempunyai ibu dan baby.

Abang rindu sangat pada Hani, moga Hani ditempatkan di kalangan orang yang beriman.


PANDANGAN DAN KRITIKAN

*Pada sudut pandangan penulis, suami di luar sana tidak perlulah mencari perempuan lain. Isteri kita bekerja ke, surirumah ke, itulah yang terbaik sebenarnya. Jangan jadi seperti suami didalam kisah ini, ada isteri pun masih nak curang. Ambil pengajaran berdasarkan apa yang diceritakan.


| Asyraf Abd Malek |

You Might Also Like

0 comments

Viewer